Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... Alhamdullillah saya masih berkesempatan menulis entry baru di blog ini.. baiklah diringkaskan sahaja entry ini.. ini adalah pengalaman percutian saya di Swiss Garden Beach Resort , Damai Laut, Perak pada cuti sekolah baru-baru ini... Saya hanya pergi berdua dengan adik perempuan saya kesini...
musim panas.. so tengah drive pun still cahaya matahari memancar-mancar |
Kami bertolak dari Kuantan dalam pukul 10am lagi dan menggunakan lebuh raya LATAR untuk ke Perak... melalui Kuala Selangor, Sungai Besar , Teluk Intan dan terus ke Damai Laut.. walaupun musim panas dan cuaca panas terik ia tidak menghalang perancangan percutian kami...
Kami singgah di makan tengahhari di Adam Lai, Restoran di Prima Sri Gombak dan menikmati menu kuew tiaw kung fu dan kuewtiaw daging.. saya memang amat meminati kuew tiaw daging disini.. sedap sekali..
menu makan tengahhari kami di Restoran Adam Lai, Prima Gombak |
kuew tiaw daging yang sedap |
Alhamdullillah ,kami selamat tiba di Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut sebelum pukul 5 petang..
pintu gerbang Swiss Garden Beach Resort, Perak |
lobby kawasan pendaftaran |
air didalam benjana berisi bunga hiasan di lobby dan kerusi kayu berukuran antik |
Setelah mendaftarkan diri dan mengambil kad bilik, kami dihidangkan dengan welcome drink @ air sirap. Pemandangan Laut dan pokok-pokok umpama taman yang sungguh indah menyaji pemandangan kami sekaligus melenyapkan keletihan perjalanan kami yang panjang.
welcome drink kami dan kad bilik |
hiasan dilobby- disini Spa Samsara amat famous |
pemandangan dilobby |
Untuk bilik pertama kami.. kami mendapat tingkat bawah kerana tingkat atas sudah penuh... perjalanan dari lobby kebilik kami yang pertama ini agak jauh .. walaubagaimana pun pemandangan hotel yang cantik... mengurangkan rasa penat ke bilik kami itu...
bangunan bilik pertama kami |
Bilik pertama kami ini mengadap separuh pantai dan separuh taman... atau half sea view & half garden view... kerana musim panas dan membahang udara dari luar... so, musim kami datang ini still ada lalat... saya sempat membuka balcony dalam 5 minit dan 2 ekor lalat menderu masuk kebilik kami. .walaubagaimanapun setakat 2 ekor dan tinggal seekor sahaja lalat sampai malam tidak mengangu tidur kami kerana kecantikkan pemandangan hotel ini..
Dibawah ini adalah gambar pemandangan dalam bilik pertama kami...
bagi saya bilik disini oklah.. sesuai untuk kami berdua |
saya kusyuk mengemas barang-barang yang dibawa |
bilik ini more ke kesenian dan saya menyukainya |
Dibawah ini mula pemandangan dari balcony @ bilik kami... separuh mengadap pantai dan separuh mengadap taman.. still cantik walau tidak dapat menandingi view @ bilik kedua kami ketika kami bercuti disini...
Seperti hotel lain barangan penjagaan diri dan kopi serta tea turut disediakan. .termasuk iron board, iron, cerek dan lain-lain lagi...
Selepas mengemas barang kami terus bersiap untuk buffet dinner di Garden Terrace...
antara offer bulan March 2015 |
Kami bercuti disini bermula petang Khamis .. dan nasib menyebelahi kami, kebetulan pada malam Khamis disini disediakan barbeque buffet... serius sedap.. samaada barbeque atau desert-desert disini... Kami memilih untuk menikmati barbeque mengadap pantai yang indah dan angin bayu laut dan menikmati desert didalam restoran.. .saya beri 5 bintang untuk kek dan desert serta pastries disini ketika malam Khamis itu...
Kerana kelaparan sebelum pukul 7pm lagi kami sudah berada disini.. dan ketika itu staff-staff restoran sibuk menyusun kelengkapan untuk barbeque... antara hidangan barbeque ialah udang , kambing, kepak ayam , sosej dan satay.
staff sibuk menyiapkan hidangan |
saya hanya menikmati hidangan lamb dan satay tanpa sos.. kerana banyak lagi benda yang saya aim untuk makan ketika buffet ini.. hehehehe.. cantikkan pemandangan disini |
dari senja sehingga malam kami berdua menikmati hidangan disini |
adik perempuan saya kusyuk menikmati hidangan |
pemandangan malam ketika menikmati barbeque |
Setelah puas menikmati barbeque dan menikmati pemandangan pantai senja dan malam yang indah... kami memasuki restoran untuk menikmati segala hidangan disitu.. .terdapat sotong, ikan, dagin dan pelbagai menu.. oleh kerana sudah kenyang saya hanya menumpukan pada hidangan desert dan pastry sahaja kerana saya memang peminat desert dan pastry. .dan serius.. kek dan pastries disini amat lembut dan sedap sekali...
Dibawah ini adalah antara hidangan desert dan pastries disini...
barisan salad |
spagheti disini oklah not bad |
kami berdua kusyuk dan gembira menikmati hidangan |
Dibawah ini adalah antara hidangan lain yang kami nikmati disini... banyak sangat dan ini sahaja gambar yang sempat saya ambil
tuna salad yang sedap sekali |
warm chocolate puding ini memang best... serius |
Selesai menikmati makanan kami terus pulang ke bilik.... esoknya sebelum jam 7 am saya awal-awal lagi telah menikmati pemandangan di hotel ini... keseluruhan gambar dibawah ini diambil ketika jam belum menunjukkan pukul 7 am...
perjalanan menuju ke Garden Terrace anda akan melalui kawasan indah ini.. |
Tempat sarapan pagi ini terdiri dari pelbagai view dari view swimming pool, sea view, garden view atau berada didalam restoran.. saya akan sambung mengenainya dientry sambungan selepas ini....
pemandangan cafe sebelum pukul 7am mengadap swimming pool |
Dibawah ini adalah gambar yang diambil oleh saya sebelum pukul 7am dan pemandangan masih lagi kelam.. dan pekerja-pekerja hotel masih sibuk membersihkan persekitaran hotel...
Makin cerah hari. .makin terang pemandangan dan cuaca disini dan makin cantik pemandangannya .. serius cantik. .dan anda memang patut datang kesini segera bersama insan tersayang...
Sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi hotel ini. .saya sempat berposing didalam tandas ditepi cafeteria ini.. dan tandasnya juga boleh tahan cantik...
Saya juga sempat bergambar disalah sebuah kolam renang disini...
Pemandangan didalam hotel ini serius cantik sekali.. saya akan sambung lagi entry ini dipart seterusnya... sila cuci mata dengan gambar dibawah dan nantikan lebih banyak gambar lagi selepas entry ini.....dan cerita selanjutnya tentang pengalaman indah di bilik ke 2 dan perjalanan saya ke jeti pangkor dan sebagainya...
Dibawah ini pula adalah viewer dari balcony bilik kedua kami.. serius cantik sea view dari bilik kedua kami ini...tunggu update entry part 2 yang seterusnya...
Sekian sahaja untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini... nantikan sambungan entry ini yang akan saya cuba siapkan secepat mungkin.. salam sayang dari saya.. love, huge & kisss..
*** ini link sambungan part -2 Percutian ke Swiss Garden Golf & Resort , Damai Laut Perak - Part 2
2 ulasan:
Seronoknyayyaa... lama tak bercuti
Bercuti mmg best kan nilam... 😃
Catat Ulasan