Ahad, 18 Februari 2018

Cara Buat Lulur Tubuh atau Skrub Badan Homemade dan Selamat


buat sendiri lulur sendiri senang dan mudah


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menyediakan bahan selamat untuk tubuh dan kulit anda jika anda ingin berjimat cermat dan lebih rasa selamat dan yakin dengan bahan yang digunakan di depan mata. 

Tanpa bahan kimia bahaya,  hanya bahan asli dari sumber makanan.  Harus ditegaskan disini setiap bahan asli mengandungi sebatian kimia tersendiri,  malah jika dicampur sekali pun tetap akan memberi tindak balas. 

Maka antara bahan asas asli yang kerap digunakan untuk bahan lulur dan Skrub ialah beras pulut dan kunyit. 

Maka berikut ialah bahan-bahan untuk lulur tubuh atau Skrub Badan yang di galakkan digunakan untuk campuran selamat yang jarang memberikan alahan atau alergi kepada tubuh badan. 

Bahan-bahan 

1. Beras pulut direndam 2 hari 2 malam 
2. Segenggam kunyit hidup@ibu kunyit 

Bahan alternatif lain jika kulit anda tidak mudah gatal kepada daun
1. Daun limau purut
2. Daun pandan

Alternatif untuk tambahan menghilangkan parut dan mencerahkan kulit 
1. Kulit kayu manis yang direndam bersama beras pulut

Sedikit air untuk mengisar bahan-bahan. 

Cara Membuat Lulur Badan @ Skrub Tubuh 

Kisar semua bahan-bahan atau Kisar separuh bahan dahulu, kemudian tambah sahaja baki bahan yang tinggal.  Simpan bahan dalam bekas dan untuk tahan lama dan tidak rosak terus simpan dalam peti ais untuk 2 hari.  

Gunakan lulur ini selepas 2 hari berada dalam peti sejuk tingkat bawah. 

Anda boleh campurkan lulur ini dengan bahan lain seperti hampas kelapa atau hampas teh, kopi atau sebagainya ketika ingin mandi. 

Pastikan setiap bahan sesuai dengan kulit anda. 

** untuk Info saya tidak menggunakan kulit kayu manis dalam bancuhan ini kerana sifat kulit kayu manis yang panas terutama jenis cassia.  Kulit kayu manis ceylon saya agak sayang untuk gunakan di tubuh,  saya lebih rela makan.  Jika kulit anda tidak sensitif dan sunburn bukan jenis halus, digalakkan menambah kulit kayu manis tanpa menambah daun pandan dan daun limau purut. 

Soalan 1

Bolehkah beras pulut ditukar kepada beras biasa? 

Jawapan 1

Boleh, namun beras ini bersifat lebih kering dan kasar berbanding beras pulut.  Beras pulut lebih melembapkan tubuh dan beras biasa boleh mengeringkan kulit.  Jika kulit anda jenis halus dan sensitif lebih baik anda gunakan beras pulut sahaja. 

Soalan 2

Selain daun dan kulit kayu manis apa lagi sesuai di Kisar untuk menggantikan bahan ini?.

Jawapan 2

Anda boleh Kisar beras pulut ini dengan beberapa biji buah limau purut beserta kulit buah limau purut. 

Soalan 3

Adakah saya boleh menambah minyak zaitun atau apa sahaja minyak dalam bancuhan lulur ini? 

Jawapan 3

Air tidak bersatu atau boleh pergi dengan minyak,  begitu juga minyak.  Adalah digalakkan guna sahaja lulur ini,  setelah mandi dan badan anda lembab atau kering sendiri sapu sahaja tubuh anda dengan minyak pilihan anda. 

Berikut ialah video proses CARA MEMBUAT LULUR TUBUH  @ SCRUB BADAN HOMEMADE yang direkodkan ringkas untuk anda di Chanel YouTube Qisya Khadeeja. 


Selamat Mencuba lulur tubuh atau Skrub Badan tradisi ini. 


Terima kasih. 


Original Body Scruhb

**** untuk anda yang tiada kesempatan dan masa untuk membuat sendiri lulur homemade ini, anda boleh menempah Original Body Scrub yang diperbuat dari bahan asas beras pulut dengan menghubungi atau whatapps ke 


016 276 2636








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...