Ahad, 19 November 2017

Apabila Mood Malas Datang


Menu pemalas 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebut tentang diet sihat.  Maka rajinlah anda membuat motivasi untuk diet sihat esok hari.

Selepas seminggu dua,  anda kembali mula ke asal.

Kembali ke diet asal yang tunggang langgang. 

Kononnya anda beli air fryer untuk kurangkan minyak dan menikmati makanan sihat.  Namun lain jadinya,  anda tetap teringin pisang goreng panas.  Maka anda beli sahaja dan malas menggoreng bimbang jika anda masak sedap pasti bersikat sikat pisang digoreng dan dimakan

Maka lebih 10 keping pisang goreng anda telan. 

Esoknya alang-alang sudah tercheat diet anda hanya mengukus pau Frozen untuk sarapan pagi.  Lusa anda berjanji akan makan sarapan pagi sihat.  Tidak boleh lebih 3 hari nanti jadi tabiat.. 

Begitulah hidup,  kita wajib pujuk diri dan monitor diri sendiri. 

Tahun baru kononnya ingin makan ikan panggang dan rebus sahaja.  Namun nampaknya ikan goreng yang paling banyak dalam menu. 

Paling mudah dan senang juga enak.  

Konon ingin makan sandwich telur rebus lebih kerap namun sandwic telur goreng paling banyak yang dimasuki perut.  Ia lebih mudah dan cepat disediakan.  Oklah dari membeli di luar,  pujuk hati sendiri lagi. 

Realitinya begitulah. 

Motivator diet sekalipun ada waktu terbabas. 

Apa lagi kita sebagai orang biasa. 

Duduk dan makan pula ramai-ramai.  Fuhhh sukar diceritakan. 

Ada waktu rasanya duduk seorang diri lagi baik.  Boleh kawal makan dan fokus impian sendiri. 

Realitinya dunia tidak begitu.  Kehidupan sosial kadang kala harus diikutkan rentak. Sesekali mampu membawa bekal ketika keluar dan mereka nikmati makanan di luar.  Lama-lama anda akan turut serta sekali sekala. 

Memasuki tahun 2018,  azam harus lagi kuat. 

Mental wajib dijaga dan lebih kukuh dengan prinsip dan azam sendiri. 

Mungkin azam tahun lepas tidak tercapai penuh.  Sekurang-kurangnya banyak progress lebih baik berlaku. Alhamdulillah. 

Maka marilah kita pujuk diri,  sama-sama kuat untuk hari dan tahun seterusnya. 

Umur semakin meningkat dan dunia makin tenat. 

Jauhkan kita dari ikut tenat sekali. 

Terima kasih. 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...