Jumaat, 20 Oktober 2017

Konsisten


Barisan alat memancing di sepanjang pantai
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Konsisten. 

Perkataan yang sering ditekankan. 

Untuk mudah faham.

Konsisten bermaksud berulang-ulang melakukan perkara yang sama. 

Menulis setiap hari dan konsisten,  melakukannya akan menjadikan ia habit dan perangai harian. 

Berkata positif pada diri setiap hari akan menjadi habit sekaligus menyebabkan anda lebih positif. 

Benda berulang-ulang akan mudah diingati otak dan diterima oleh diri. 

Itu alasan mengapa iklan perlu diulang-ulang agar ia terus diingati walaupun satu dunia telah tahu. 

Tiada satu pun benda yang baik di dunia ini harus dihentikan. 

Jika anda berehat sebentar,  pitching itu akan lari. 

Itu kekal menunjukkan betapa berhenti sekejap itu sudah cukup memberi kesan untuk anda kembali pada track yang asal. 

Satu hari anda termakan makanan enak yang tidak sihat penuh perisa,  makan minggu anda harus mencuba kembali pada track. 

Satu bulan anda tertinggal menulis. Berbulan anda akan cuba kembali mendapat idea dan kembali rajin menulis mencari rentak kembali. 

Begitu juga dengan menikmati makanan sihat. 

Termasuk bahan dandanan diri dari bahan selamat. 

Aktiviti harian yang sihat. 

Jika anda tinggalkan percayalah amat sukar untuk anda kembali kerana otak anda apabila sudah biasa dibiarkan berehat ia akan mengambil masa untuk kembali aktif pada aktiviti yang telah anda tinggalkan. 

Namun tidak pula dikatakan anda langsung tidak boleh berehat Lebih-lebih lagi jika anda ada alasan kukuh untuk itu. 

Namun pastikan anda kekal berada dalam track. 

Jangan berehat terlalu lama,  seperti jangan berpisah terlalu lama dengan orang yang anda sayang. 

Bimbang perpisahan yang lama itu memberi peluang anda atau pasangan anda mewujudkan jurang dengan kewujudan anasir lain yang semakin mengambil masa dan ruang di tengah perpisahan itu. 

Begitu juga dengan aktiviti anda baik menulis atau membaca. 

Jika anda berhenti menulis dengan lama,  kemudian jurang pemisah menulis itu lebih banyak dengan bergosip percayalah agak sukar untuk anda menulis sesuatu yang berinformasi atas asbab gosip yang anda bualkan. 

Berbanding anda kerap membaca ilmu dan informasi maka makin kerap anda menulis dan punyai pelbagai idea. 

Anda hanya akan menjadi pemarah dan emosi tidak stabil andai masa anda hanya dipenuhi dengan perkara negatif yang merosakkan otak. 

Ada beza benda yang diulang-ulang. 

Jika anda asyik menikmati sayur-sayuran berbulan-bulan, tiba satu hari ia tidak  ada dalam menu,  anda akan mencari-cari. 

Jika anda biasa membaca menambah ilmu tiba masa dalam satu hari tanpa membaca anda akan rasa otak anda umpama kosong. Kosong sekali. 

Jika anda biasa mengucapkan salam berjumpa dengan semua orang,  jika satu hari anda tidak mengucapkan salam anda akan rasa anda bukan diri anda sebenar. 

Begitu hidup. 

Jika anda biasa menggunakan produk Semulajadi,  produk itu akan kekal anda gunakan. 

Jika anda tertinggal,  anda lebih rela mandi air paip kosong dari menyapu tubuh anda dengan mandian kimia. 

Mengapa anda kuat dan kental sampai begitu? 

Kerana anda tahu asas kenapa anda pilih bahan itu. 

Kenapa anda guna bahan itu. 

Kenapa bertahun anda tidak tukar bahan lain. 

Kenapa lambakan produk dan iklan langsung tidak memberi efek kepada anda untuk membeli walaupun duta produk Artis dan idola kesayangan. 

Pokok pangkalnya,  apa kita lakukan,  asasnya kita tahu mengapa kita pilih dan mengapa kita kuat untuk itu. 

Jika sekadar mengikut orang lain,  percayalah anda tak akan mungkin kuat untuk selamanya. 

Pokok pangkal diri sendiri. 

Hati wajib kental. 

Biar sejuta pun berbeza dengan anda,  anda patut sedar dari awal apa yang anda pertahankan itu bukan sahaja untuk anda tapi juga untuk generasi akan datang. 

Hidup bukan hanya untuk anda seorang.

Walaupun mungkin ketika ini anda berstatus bujang. 

Hidup tanpa perubahan dan ada seseorang memulakan,  tak akan mungkin ada yang akan memulakan. 

Dari seorang maka akan bertambah manusia seterusnya. 

Kejayaan tiada ukuran. 

Ada kejayaan yang tidak nampak di mata anda sendiri apa lagi insan lain. 

Namun ada kejayaan yang di nampak oleh ramai orang,  namun anda sendiri tidak nampak. 

Steve Jobs mungkin cemburu pada mereka yang sihat ketika beliau sakit. 

Kawan Steve Jobs yang sihat namun hidup penuh hutang mungkin cemburu dengan Steve Jobs yang kaya raya. 

Anda mungkin cemburu melihat sahabat anda menikmati kek dan kopi di Cafe Godiva tanpa rasa bersalah. Sedangkan anda perlu berdiet untuk menguruskan badan. 

Sahabat anda mungkin cemburu dengan anda yang bermental kuat yang sanggup menikmati salad mentah tidak seperti beliau yang kalah dengan godaan kek dan kopi. 

Tidak mungkin ada manusia di dunia ini yang tidak tahu bahaya gula Putih dan bahan kimia lain pada tubuh. 

Sama ada mereka buat-buat tidak tahu dan hanya menutup sebelah mata dan berazam esok atau lusa, mungkin tahun depan akan mula diet sihat. Terutama dalam era teknologi di hujung jari dan kempen kesihatan dan penyakit yang bermaharajalela. 

Sebagai manusia biasa,  prinsip dan konsisten sentiasa akan diusik. 

Baik dari anasir luar dan insan sekeliling. 

Namun anda boleh cabar diri anda,  bukan anda yang akan ikuti mereka. 

Namun mereka sendiri akan ikuti anda dengan rela. 

Perubahan bukan bermula dalam setahun. 

Ada waktu ia memerlukan waktu 3 tahun ke atas dan seterusnya. 

Andai 20 tahun pun masih tidak berubah,  terima hakikat,  hidayah semua dari Tuhan dan diri sendiri.  

Mungkin insan tersayang anda akan berubah 30 tahun atau 100 tahun lagi. 

Usah putus asa. 

Kerana putus asa tiada dalam kamus insan positif seperti anda. 


Terima kasih. 





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...