Khamis, 9 Mac 2017

15 Khasiat Keledek Manis Jepun


keledek manis Jepun
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Keledek ialah makanan ruji dan asal masyarakat Melayu semenjak zaman nenek moyang lagi.

Mudah ditanam dan dikatakan sebelum tanaman berusia 6 bulan keledek sudah boleh di gali dan dinikmati.

Ubi keledek amat mudah ditanam,  hanya dapatkan benih keledek dari batang pokok keledek kemudian tanam.  Dari usia 3-6 bulan hasil ubi keledek boleh di tuai dan daun atau pucuk ubi keledek juga enak di buat ulam dan amat bagus untuk kesihatan.

Untuk artikel kali ini saya berkongsi maklumat dan informasi Khasiat Ubi Keledek Jepun atau Japanese Sweet potatoes yang amat terkenal oleh keenakannya.

Ada pendapat mengatakan ubi keledek ini akan membuatkan perut kembung dan berangin,  ia terpulang pada penerimaan tubuh masing masing.  Ubi keledek goreng dikatakan kurang berangin berbanding ubi keledek rebus.  Ubi keledek yang dibakar adalah antara cara terbaik bagi menikmati rasa dan kekal bersama nutrisi yang amat bagus untuk kesihatan.

Ubi keledek manis Jepun yang berwarna unggu di bahagian kulitnya dan isi di dalam kebiasaan berwarna oren adalah antara makanan kesihatan yang kini amat digemari oleh mereka yang semakin mementingkan kesihatan.

Berikut antara KHASIAT UBI KELEDEK MANIS JEPUN

1. Amat tinggi kandungan beta karotein dan vitamin C yang amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit serta anti oksidan untuk tubuh badan.

2. Sebiji ubi keledek Manis Jepun dianggarkan mengandungi  hanya 264 kalori,  malah sebiji ubi keledek Manis Jepun ini cukup untuk memberikan tubuh nutrien yang di perlukan.

3. Ubi keledek manis Jepun ini juga tinggi kandungan vitamin A,  vitamin B2, B6, thiamin, niacin dan karotein.

4. Ubi keledek manis Jepun turut digelar SUPER food untuk mereka yang mengamalkan diet sihat dan ingin mengurangkan berat badan.

5. Sebagai antara menu kegemaran masyarakat Jepun ubi keledek manis Jepun juga di percayai amat membantu dalam mencantikkan kulit dan bentuk tubuh.

6. Kaya dengan Vitamin A,  malah dikatakan ubi keledek mengatasi jumlah vitamin A harian yang di syorkan.

7. VITAMIN A ialah antara anti oksidan tinggi yang dipercayai mampu mengelakkan kanser,  anti kedutan,  awet muda dan amat bagus untuk kesihatan mata.

8. Kurang kandungan sodium adalah salah satu keistimewaan ubi keledek manis Jepun ini.

9. Ubi keledek manis Jepun ini juga dipercayai membantu dalam mengurangkan penyakit jantung dan memberikan  kesan yang baik terhadap jantung.

10. Karbohidrat yang terdapat di dalam ubi keledek manis Jepun ini turut membantu memberi tenaga dan mengawal gula di dalam darah.

11. Menikmati ubi keledek Manis Jepun juga mampu mengurangkan stress dan meredakan mood oleh kerana kandungan magnesium dan mineral yang terdapat dalam ubi keledek Manis Jepun ini.

12.  Kandungan vitamin A  dan vitamin C amat bagus sebagai anti inflammation atau anti radang sekaligus amat baik untuk kesihatan sekaligus menjadikan ubi keledek Manis Jepun ini sebagai makanan anti radang dan menguatkan imun tubuh.

13. Kandungan fiber atau serat di dalam ubi keledek Manis Jepun juga membantu dalam sistem perkumuhan.

14. Kandungan vitamin A,  C dan E turut membantu mencantikkan rambut dan kulit sekaligus membantu mengurangkan kesan tidak bagus dari sinaran cahaya matahari.

15. Ubi keledek manis Jepun juga dipercayai antara makanan pencegah kanser dan digalakkan di nikmati dalam diet pemakanan.

Dikatakan bahawa ubi keledek berwarna kuning dan berkulit kuning juga diberi gelaran Japanese Sweet potato.

Namun ubi keledek Jepun yang berkulit berwarna unggu dan isi oren dikatakan lebih berkhasiat dalam menangani kanser.

Mereka yang menghadapi masalah buah pinggang tidak digalakkan mengamalkan diet ubi keledek atas kandungan oxalate yang agak tinggi.

Enaknya ubi keledek Jepun,  itu alasan mengapa anda harus rajin menikmatinya.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...