Jumaat, 8 Julai 2016

Happily Ever After ...


bergambar bersama novel 'HAPPILY EVER AFTER'

Siapa di dunia tidak ingin kisah cinta indah , seindah motto kisah cinta DISNEY ,
' Happily Ever After'.

Saya mengidamkanNYA semenjak kecil lagi..
setiap kali melihat kaca television memaparkan kisah 'Cinderella', 'Snow White' , 'Rapunzel' dan pelbagai cerita fairy tales lagi termasuk kisah Peter Pan , kanak-kanak yang tidak mahu membesar. Dan sejujurnya saya terpaku pada kisah Peter Pan itu dan berharap supaya saya tidak terus membesar...

Bercinta, kisah cinta, kisah yang dikongsikan tentu tidak sama dengan apa yang anda rasa.

Derita, sengsara atau bahagia tentu sekali tidak ramai yang sudi dengar, apatah lagi jika hati anda sendiri yang merasa sengsaranya.

Mana mungkin ada insan yang ingin terus kecewa mengingati kisah cinta lampau. Dan tentu sekali setiap insan akhirnya akan 'move-on' jauh dari kisah cinta lampau yang sedih itu.. TETAPI .. ia MEMAKAN MASA...

Setelah dewasa dan bercinta, baru saya akui rupa-rupanya ada chapter-chapter dan episod-episod dalam novel dan drama serta filem betul-betul terjadi dialam realiti.

Bercinta, berpisah, jatuh cinta dengan mereka yang tidak pernah berjumpa hanya mendengar suara dicorong telefon,
Jatuh cinta dengan insan yang pertama kali anda jumpa & anda tidak akan percaya dialah yang akan anda cintai dengan begitu mendalam, .,
Berjumpa dan anda lansung tidak berminat dengan sidia , bersahabat dan akhirnya sidia yang menjadi cinta paling dalam...
mencintai dalam diam ... bercinta dan bermusuhan,, tapi tetap saling menyayangi.. cinta dari jauh dan cinta egois yang tidak pernah kenal ayat memohon kemaafan...
Malah cinta kejam hanya kerana anda tidak berjaya memiliki cinta insan yang anda cintai dengan mendalam kerana kecewa yang amat DASYAT..

Itu belum kira, anda akan berjumpa mereka yang terus tidak percaya cinta, yang lansung tiada rasa cinta.. dan ketika itu anda pelik.. kenapa DIA menjeruk rasa.. mensia-siakan peluang yang ada...

Belum kira jika itu yang anda rasa...

Dan belum dikira sehingga anda masih berharapkan sidia yang mungkin telah masuk seabad berpisah dan memulakan hidup baru tanpa anda...

Kenapa kisah Disney zaman kanak-kanak tidak pernah menghidangkan kisah cinta curang, dikhianati, &  materialistik?..

Kenapa mesti ia dihidangkan ketika kita dewasa dalam setiap novel dan drama..

Kita diajar yang indah-indah ketika kecil, dan ketika remaja kita diajar tentang keseronokan cinta dan putus cinta..

Dan apabila kita dewasa, kita diajar sakitnya putus cinta, sakitnya disakiti orang dicintai, sakitnya berjanji tetapi dikhianati, sakitnya apabila 'pelamin anganku musnah'.

Dan bila kita terus dewasa... menuju jauh ke usia matang.. baru kita sedar, cinta itu bukan hanya atas dasar kasih sayang.. tetapi diikuti pelbagai perkara penting lain dalam hidup.

Mana mungkin hanya cinta mampu memberi kita makan dan mampu hidup..

Dan ketika kita terus dewasa.. baru kita tahu, yang paling menyakitkan bukan cinta..tapi kesunyian itu, walau mungkin kita telah punyai keluarga  dan anak-anak sendiri...

Saya masih mengharapkan 'fairy tales' berlaku..

atau sekurang-kurangnya cerpen cinta  kegemaran dizaman remaja saya dahulu terjadi dalam hidup ini..

Dan tentu sekali menonton drama dan filem cinta yang bermula bukan dari sekadar apa-apa, pertelingkahan yang hebat, perpisahan yang bertahun dan akhirnya bertemu dan kembali bersama dengan perasaan cinta yang mendalam terjadi dalam hidup saya.


Tetapi, sebagai manusia , kita hanya mampu berharap. Dan saya percaya Allah telah menyediakan kisah cinta HEBAT.. yang jauh dari apa yang saya harapkan, dan saya percaya segala CINTA yang saya dapat hari ini adalah cinta yang bukan semua insan miliki.

Untuk insan yang pernah aku cintai, pernah mencintaiku.. atau terus mencintai aku.. Selamat Hari Raya untuk kamu... dan ku mohon MAAF ZAHIR & BATIN..

Terima kasih.





2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

hehe happily ever after cem ada dalam novel and movie je =P

Deeja berkata...

Juga ada dlam hati.. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...