Selasa, 12 Julai 2016

BUKU :- RASULLAH SEORANG DOKTOR


Antara buku baru pilihan saya
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang,

 Artikel kali ini adalah artikel istimewa untuk saya kongsikan dengan anda, iaitu perkongsian antara buku yang menjadi bacaan saya.

Saya selalu percaya , buku adalah antara senjata paling penting untuk menambah ilmu selain pengalaman dan pengajaran hidup.

Blog atau facebook tidak cukup untuk menjadi medan kita menambah ilmu, malah ada antara info didalam blog atau facebook 'tergantung' dan memerlukan lebih pengalaman dan ilmu yang mendalam/

Ilmu kesihatan bukan semudah yang dikongsi difacebook dan blog berdasarkan pengalaman individu yang tentu sekali mempunyai jenis tubuh, darah dan kondisi berlainan.

antara penerangan ringkas betapa setiap individu mempunyai jenis tubuh berbeza
Didalam setiap artikel saya sering menekankan setiap tubuh individu itu berbeza, baik dari segi darah, penerimaan , cara hidup dan sebagainya.

Jangan pelik jika anda berjumpa individu yang alergik madu walau madu asli , mahupun alergik habbatus sauda @ habatus sawda, jika disapu dikulit atau dimakan.

Saya berjumpa beberapa orang yang tidak boleh berubat dengan menikmati terus habatus sauda tetapi boleh menikmati habatus sauda didalam makanan.

Malah ada individu tidak boleh menikmati madu secara terus tetapi perlu diminum bersama air dingin.

Saya sendiri antara individu yang tidak begitu sesuai menikmati minyak zaitun atau makanan jenis minyak terus kedalam tubuh tetapi perlu ditambah didalam minuman atau makanan lain. Ini termasuk minyak habatus sauda.

khasiat makanan tunggal

Buku ini juga menjelaskan khasiat makanan tunggal dan jenis-jenis makanan. Jenis gandum yang dibuat bubur ketika demam dan jenis labu sebenar yang dinikmati Rasullah SAW.

Anda akan tahu bahagian kurma mana bersifat dingin atau kering. Dan betapa kurma juga punyai banyak jenis dan khasiat berbeza dari segi kurma muda, kurma basah atau kurma kering.

maklumat penting yang lain

Terdapat penjelasan yang lebih mendalam mengenai segala jenis makanan dan khasiat setiap bahagian yang ditulis secara terperinci didalam buku ini.

Saya agak sukar memahami ayat yang ditulis didalam buku ini kerana penggunaan bahasa indonesia yang agak kuat dan saya tidak begitu arif dengan penggunaan bahasa ini, tetapi buku ini tetap memberi saya ilmu yang saya tidak ketahui sebelum ini.

Banyak perkara yang anda akan pelajari dengan membaca buku ini. Saya sendiri sebagai blogger ada masa-masanya tidak sempat menulis kesemua ilmu yang baru saya pelajari sama ada dari pengalaman atau pembacaan saya walau saya sentiasa berazam untuk berkongsi semua sekali di blog ini.

Jika anda punya kesempatan dan budget, mungkin buku ini boleh ditambah didalam carta buku pembelian anda dimasa akan datang. Harga buku ini dalam RM20 lebih sahaja dan ia berbaloi sebagai simpanan dirumah dan rujukan peribadi anda.

Semoga artikel ringkas ini memberi info berguna untuk anda.

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...