Isnin, 5 Mei 2014

Khasiat Lobak Merah untuk kulit yang sentiasa terkena panahan matahari


image from google



Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana cuaca sekarang amat panas sekali di Kuantan.. di KL khabarnya dah hujan setiap hari.. tetapi di Kuantan.. .fuh!! panas sepanas-panasnya.. sampai ketika waktu malam pun, tetap rasa haba panas.... i bukanlah pengemar air cond.. so, walau pun bilik tidur ada pasang air cond.. memang i jarang guna bukan jarang guna.. memang tidak guna... coz bagi i.. air cond kurang elok untuk kesihatan... dan tidak membantu mengurangkan berat badan serta menyebabkan i malas... i dah ler pemalas.. kang bertambah-tambah plak malasnya...

Oleh kerana kerjaya i memang berhadapan dengan cuaca yang panas ini.. sinaran matahari yang cukup terik.. dan selalu drive ke sana kemari.. ke Kuala Lumpur, Kuantan, Kemaman , Kerteh, Dungun segala... maka berlaku la sunburn dan kegelapan kulit yang cukup ketara... bukan sahaja kulit muka .. .seluruh tubuh lagi ye... walau asalnya i peminat setia sunburn skin colour... (i peminat mat salleh kulit sunburn ye.. especially pelakon-pelakon hawai-five o tuhz.. fuhzz.. baik mat salleh & chinese mix kat dalam cerita tuhz.. serius i suka tengok kulit mereka.. chinese-chinese@japanese walau kulit sunburn tetap nampak cun & sexy maybe coz hidung diaorg mancung sikit kot...hehehhehe)..

Oleh kerana i nihz berangan nak kulit cun macam mereka.. dan i selalu baca dalam kolum majalah.. wanita-wanita modern asia termasuk malaysia yang suka berpanas.. atau sunburn kan kulit di pantai dan pulau... yang menyukai kulit perang... walaupun kulit mereka putih.. selalu meminum air lobak merah untuk mewujudkan kulit perang cantik ... so.. i dengan hati yang gembira terus mengoogle khasiat lobak merah ini untuk kulit...i bukanlah peminat sayuran .. serius i tidak suka sangat sayur.. tapi sekarang terpaksalah makan kerana usia yang makin bertambah... tapi tetap juga jarang makan... so i sekarang tengah cuba memaksa diri rajin meminum air lobak setelah mengetahui khasiat lobak merah ini... so dibawah ini.. .i sertakan antara khasiat lobak merah ye... paling penting jika anda selalu terkena matahari... please minum air lobak merah.. untuk kasi kulit sunburn kita itu perang cantik... i yang dulu dipanggil anak chinese atau mix chinese lepas nih.. boleh ler berangan ala-ala mat salleh kulit perang ye.. hahahah... syok sendiri sangat uols... hahahah... :-


Khasiat Lobak Merah :-

1. baik untuk kesihatan mata kerana kaya vitamin A dan antioksida
2. antioksida yang baik untuk badan
3. baik untuk kesihatan kulit dan warna kulit.
4. menyegarkan dan rendah kalori. Tidak bermasalah jika minum dalam kuantiti yang banyak.
5. mengurangkan lemak dan baik untuk kesihatan hati.
6. penuh dengan beta carotene, melawan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kerosakan sel, melambatkan proses penuaan.
7. membantu kesihatan tulang dan mengelakkan masalah2 tulang seperti osteoporosis.
8. mengandungi potassium yang membantu fungsi otot dan pengurusan kolestrol.
9. vitamin E dan anti-oksida dalam jus carrot membantu mencegah cancer daripada terbentuk.
10.  Membantu Mengurangkan kolesterol  
11. Menghalang jerawat , kulit kering, kedutan pra matang dan membantu mendapatkan kulit lebih cerah.
12. Mengurangkan tekanan dam melegakan stress
13. Mencantikkan warna kulit yang selalu terkena panahan matahari

****- Lobak lebih berkhasiat jika dimasak dari dimakan mentah. Bagi sesetengah orang, lobak boleh menyebabkan "angin" atau kembung perut...

So, lepas ini i  kena segera beli lobak merah dan paksa diri mengalamalkannya... hehehe

 Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya...luv! muahhhhzz!!!

** dari pengalaman saya sendiri kerap menikmati lobak merah turut menyebabkan tapak tangan saya juga berwarna oren akibat juicing lobak setiap hari atas beta karotenoid yang terdapat dalam lobak merah. 


**** sumber maklumat khasiat lobak merah ini adalah dari google... thanks!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...