Khamis, 4 Julai 2013

PETUA : LULUR, SKRUB BADAN & PERAWATAN ASLI - PART 1

Pagi yang indah darlingz... heheheh...  oleh kerana cuaca yang serius amat terik dan panas sekali walau di awal pagi... apalagi di waktu tengah hari.. walau ada tempat yang bernasib baik jika cuaca hujan... (sila bersyukur ye).. tetapi bagi mereka yang.. tidak tahan dengan peluh melekit... terutama yang bekerja di luar especially sales person, yang bekerja bahagian site, construction semua tuhz... tentu jika ada peluang balik rumah untuk mandi.. memang akan mandi 2-3 kali sehari kanzzz???? heheheh

Tetapi pernah anda terfikir. .apakah bahan kimia yang terkandung didalam produk mandian anda.. . hatta mandian anda itu ditulis 100% dari bahan semula jadi????... apa kata jika balik nanti.. ambil masa 5 minit untuk membaca bahan-bahan yang tertulis dan try google nama bahan-bahan terkandung itu yea...  kebanyakan produk berbuih mengandungi sodium laureth sulfate dan pelbagai lagi bahan-bahan karsinogen... anda boleh google untuk mendapat maklumat lanjut.. atau pergi saja ke kedai buku popular dan cari buku-buku tulisan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang ye...

Dipendekkan cerita... so hari ini.. i nak bagi peluang sesekali kepada tubuh badan anda untuk "berpuasa" dari produk-produk kecantikan kimia yang anda guna.. yang menarik.. semua bahan yang anda guna ini telah tersedia di dapur anda ataupun... adalah sisa makanan yang telah anda makan... so banyak jimatnya yea... membazir itu amalan syaitan ... hehehehehe

1. Kulit Tembikai (Untuk Rambut & Kulit Kepala)

Jika rambut anda asyik gugur... dan pelbagai produk rambut dah digunakan.. malah makin hari makin nipis... so sila guna kulit tembikai yea... lepas ini boleh beli saja tembikai yang siap di potong di pasaraya (ada yg potong 2 , juga ada yang potong 4)... dan bila dah habis makan.. tolong jangan buang kulit tembikai itu.. tetapi gosoklah kulit tembikai itu dikepala anda.... khasiat kulit tembikai ini akan menyejukkan kepala anda malah sekaligus membuang segala panas atau racun dikepala itu... bila kulit kepala pun sejuk.. pening kepala pun kurang, rambut pun lebat... dan hitam.... serta kurang keguguran.. sila cuba ye... tembikai pun elok untuk kesihatan dan salah satu makanan pembuang toksid dan awet muda....

guna kulit tembikai yang isinya putih tu yea... tp i guna je yang ada sisa merah tu sekali.. hehehehe

kulit tembikai daripada dibuang baik digunakan untuk kecantikan

Orang tua-tua cakap.. tembikai tak elok untuk wanita.. tetapi saya baca hadis, Nabi suka makan timun... malah wanita yang mengandung jika makan timun @ tembikai.. tidak akan berjumpa cacat cela di wajah atau tubuh bayinya setelah dilahirkan.... so tepuk dada tanya selera...apa pun boleh tengok kepada penerimaan badan masing-masing... seperti saya.. kawan-kawan saya ramai yang saya jumpa jika makan nangka, sakit badan.. tapi saya makan sebiji nangka pun tak sakit badan.. alhamdullillah...


2.  Tepung Pulut @ Tepung Beras (sebagai mandian)

Jika anda ingin kulit putih.. selain mandi susu (cara bancuhan pun sama je...3 sudu susu tepung, air untuk jadi pes) .. tepung pulut @ tepung beras juga membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan parut.. insyaalah.. malah harga tepung pulut jauh lebih murah dari harga susu tepung.. dan jika nak lebih jimat lagi... boleh menggunakan tepung beras @ tepung ubi sebagai mandian... 


letak 3 sudu tepung pulut @ tepung beras bersama sedikit air dan jadi kan pes

Cara bancuhan juga amat mudah.. sediakan 3 sudu tepung pulut @ tepung beras @ susu tepung.. lepas itu tambah saja air secukupnya... (jadikan pes) .. lumurkan saja dibadan ketika mandi.. tak perlu susah-susah tunggu sampai kering... (nanti mengamuk pula jika ada orang lain tengah tunggu turn nak mandi ye)... lepas itu bilas.... anda boleh amalkan setiap hari dan meninggalkan mandian anda jika anda rajin ye.... seriusly.. tidak perlu lama mengamalkannya cukup 3 bulan saja.. anda sudah nampak hasilnya... kulit sudah tidak kering.. malah tak perlu susah-susah menyapu lotion atau minyak bayi atau apa-apa dibadan lagi kerana... kulit memang beza banyak dari dulu..... saya sendiri mengamalkannya... dah sudah setahun saya tidak membeli lotion @ minyak badan... jika dulu setiap hari saya kena sapu dekat badan.... yang pasti.. memang setiap hari anda kena mencuci tandas yea... hahahahahahah untuk mencuci sisa-sisa tepung ini...


3. Asam Jawa (mandian atau lulur)

Asam jawa seriusly adalah penghilang parut yang hebat jika anda rajin amalkannya... i malas ye amalkan asam jawa ni.. .hehehe... sesekali saja dan boleh dikira dengan jari.... cara mandi dengan asam jawa ini juga mudah... 3 sudu asam jawa dibancuh sapu dekat badan... tidak perlu biar lama... (kecuali anda rajin tunggu asam jawa ini kering)... terus bilas dengan air mandian anda..... kenapa saya menasihatkan tidak perlu tunggu lama... kerana jika anda tunggu lama.. anda akan malas menggunakan bahan semulajadi ini sebagai mandian harian anda... saya dah cuba jadi saya tahulah... kecuali memang anda memang jenis yang teramat rajin dan tiada kerja lain nak buat.. hahahahah

harga asam jawa ini tidak sampai rm2 ye

pes asam jawa.. jika mahu lebih pekat sila tambah asam jawa lagi

Selain menghilangkan parut.. .mandian asam jawa ini juga menjadikan tubuh anda lebih pejal.. tak percaya? cubalah.... kalau tak masakan jika mahu daging ikan pejal pun... kena lumur asam jawa ye... baru sedap....hhmm... balik nihz.. nak pi beli asam jawalah.. boleh??? heheheheh


4. Tepung beras @ tepung pulut @ susu tepung dicampur limau nipis

Jika anda mahukan sesuatu yang berbau wangi dan segar... anda boleh mencuba campuran tepung pulut @ tepung beras @ susu tepung, sedikit air bersama limau nipis atau limau kasturi.. lepas itu lumurkan dibadan anda.. selain memutihkan kulit.. menghilangkan parut.. ia turut membantu menghilangkan bau badan.... paling utama anda juga akan riang ria sambil mandi kerana memang terasa kesegaran limau nipis itu....

bahan-bahan yang digunakan

bancuhan yang telah dibancuh

Saya pernah membaca yang makhluk halus @ jin amat takut kepada benda berasid... antaranya limau nipis..that why kenapa jika anda mandi pantai digalakkan untuk mandi air limau nipis... so.. insyaalah mandian ini juga mengelakkan makhluk halus dari mendekati anda especially if anda suka lepak dan keluar diwaktu maghrib... (makhluk halus wujud ye... walau orang tak hantar)...

6. Kulit Buah Oren

Mandian ini paling mudah dibuat dan paling jimat (tapi saya tetap malas buat dan berzaman dah tak buat)... hanya menggunakan kulit oren yang anda makan dan kisar saja bersama air.... paling best... anda boleh simpan lagi bancuhan ini didalam peti ais dan digunakan selama seminggu... best tak???

Untuk lagi best... serius mandian ini. .wangi-sewangi-wanginyaa.... seharum-harumnya dan bau serius tahan lebih lama sampai toilet pun wangi... tubuh anda yang sudah berpakaian pun wangi... hebat tak hebat wanginya kulit oren... so sila cuba kerana.. mandian ini kaya dengan vitamin C.. .boleh juga menjadi lulur.. .menangal sel kulit mati... memberikan minyak kepada kulit (sesuai untuk kulit kering), meremajakan kulit..; menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. .serta mewangikan badan serta membantu mengurangkan bau badan... sila cuba asap... mesti puas hati...

kulit oren
Kulit oren yang diletak dalam blender untuk di blen bersama air

siap dikisar dan disi didalam bekas "taufu fa"

tutup dan simpan dalam peti ais ok... sedia digunakan bila-bila masa.. just ambil 3 sudu saja sekali guna untuk mandi
oleh kerana skrub kulit oren ini adalah skrub & mandian terhebat... yelah dari anda beli skrub buah oren atau kulit oren itu.. lebih baik buat sendiri kena pula jika oren adalah buah yang selalu anda makan... so diantara bahan-bahan yang boleh anda campur dalam mandian ini adalah seperti berikut... untuk menambahkan kepuasan mandi.. bolehh??? hahahhaha

boleh campurkan sesudu tepung beras @ tepung pulut @ susu tepung
i siap campurkan anggur yang kurang segar kedalam campuran kulit oren dan tepung beras

so inilah campuran ketiga-tiga bahan tadi so lumurkan saja kepada badan anda
Anda juga boleh mencuba campuran lain untuk mandian anda mengikut kreativiti sendiri.


7. Serbuk Kopi (Mandian @ scrub)

Jika anda mahu kulit yang halus, cerah dan bebas selulit.. anda boleh rajin mandi menggunakan serbuk kopi... lebih digalakkan jika serbuk kopi ini anda bancuh dengan garam dan gula... hehehehe.. .tapi saya tak pernahlah buat ye.. setakat mandi serbuk kopi pernahlah.... cara bancuhannya juga senang... 2 sudu serbuk kopi dan air di bancuh dan dilumur ke tubuh... gosok-gosok sikit...jika rajin menunggu hingga kering sila tunggu.. jika malas.. lepas lumur... tunggu 1 minit dan bilas.... mudah saja ye...

beli serbuk kopi murah saja ye.. yang peket kecil.. tak sampai rm2 tahan lama ok...

bancuhan yang siap dibancuh

Oleh kerana segala mandian tepung pulut segala yang dekat atas itu tidak berbau wangi seperti mandian yang anda guna sekarang sepas mandi (kecuali bancuhan yang dicampur limau nipis dan oren).. jadi .harap maklum.. anda tidak akan "feel" sexy... ok selepas mandi.... jadi antara suggestion supaya feeling anda berasa sexy.. memang selepas mandi digalakkan untuk mengoles perfume non-alcohol, ada yang berharga rm5 dan ada juga yang berharga rm10 seperti one drop perfume.. ke pergelangan anda, leher dan belakang telinga selepas anda mandi (make sure badan masih lembab ye.. supaya bau menyerap) .... jangan risau.. .berlambak perfume non alcohol yang baunya tiru sama sebijik macam perfume paling glamour di pasaran... malah lebih tahan lama lagi kerana tidak menggunakan alcohol...dan kulit anda juga tidak kering kerana tidak mengandungi alcohol...

Baiklah darlingz.. selamat mencuba.. dan tqvm kerana setia membaca my blog... muaahhhh.. luvvvv!!! dan salam sayang dari saya....


***nantikan sambungan part 2 ye...



6 ulasan:

Alim711 berkata...

Info yang menarik dan bermanfaat

qisya khadeeja berkata...

Tqvm.

Tanpa Nama berkata...

Sempoi.. Sya ska! Sya ska! Screenshot smua. Huhu! Tp kopi tk sbb spupu tk blh bau kopi. Kang pengsang, ssh plk. Hehr! Terima kasih utk info yg berguna. Serba bagus. Tetima kasih. Trma ksh.

qisya khadeeja berkata...

Yang... Klu xnk bbau... U isi sikit sj kopi tu lbh byk kulit lemon ye...

anggun b berkata...

Assalamualaikum cik .
saya zara
Saya ada jualnscrub homemade utk kulit yg gebu halus dan lembut.
bahan scrub saya jual juga organik.
bahan yg simple tapi hasil yg sgt puas hati.
segala parut dan bau badan juga akan hilang jika rajin guna.
Scrub saya homemade. Jadi harga nya yg berbaloi akan memuas kan hati awak.
jika berminat wassap saya ya. 011 2340 3277 nama zara.
Kalau awak guna then promote di blog, kite leh cerita harga k.
Sorry ganggu. Thank you for ur time.

qisya khadeeja berkata...

Maaf, buat masa skrg sy tdk menulis entry @ buat sebarang pdct review... Btw sesiapa yg singgah di blog sy & bc komen awak ini myb interested... Tqvm 4 offer ye..��

PRAY FOR GAZA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...